Kesian Tengok Beg Suami Tiada Isi, Isteri Diam-Diam Selit Duit Bercekak

Setip pasangan suami isteri perlulah saling melengkapi dan bersusah senang jika mahu kekal bahagia. Baru-baru ini, tular perkongsian seorang wanita di aplikasi TikTok apabila dia menyelitkan beberapa ‘cekak’ duit di dalam beg suaminya.

Menurut wanita dikenali sebagai Ellena Sazlin itu, satu hari dia terdetik hati untuk melihat beg suaminya. Melihatkan beg suaminya kosong, dia senyap-senyap memberikan duit.

Dalam pada itu, Ellena berkata dia tidak pernah berkira dengan suaminya. Malah, meskipun dia yang berniaga namun suaiminya selalu menyokong sehingga dikurniakan rezeki melimpah ruah.

Ellena juga turut menitipkan nasihat supaya menghargai pasangan masing-masing tidak kira ketika senang atau susah.

Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi melihat jumlah duit yang diselitkan dalam beg suaminya itu.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan mengatakan perkongsian itu serta meminta untuk lebih berhati-hati kerana bimbang timbul sifat riak.

SUMBER: TikTok