KFC Tawar Promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ Mulai Esok

Sebut sahaja KFC, pasti semua akan terbayangkan keenakan serta kerangupan ayam goreng mereka yang sememangnya popular sejak dulu lagi.

Jika anda peminat tegar KFC, nampaknya ini merupakan berita baik buat anda dimana rangkaian makanan segera itu menawarkan promosi ‘beli 1 kombo percuma 1 ala carte’ sempena jualan 11.11.

Promosi selama 3 hari itu akan bermula esok 9 November hingga 11 November 2020.

Promosi ini sah untuk 3 set iaitu Snack Plate, Zinger Clasic Combo dan 1-PC Rice Combo. Promosi ini boleh ditebus untuk penghantaran dan ‘self-collect’ sahaja.

Perlu diingatkan, anda perlu masukkan kod FREE2PC untuk Snack Plate, FREEZINGER untuk Zinger Classic Combo dan Free1PC untuk 1-PC Rice Combo.

Satu transaksi hanya boleh tebus satu kombo dan setiap pengguna dibenarkan menebus sebanyak 3 kali sahaja dan minimum pesanan haruslah RM15 untuk menebus promosi ini.