Kisah Kenal Lelaki Di Kelab Malam, Kini Jadi Imam Keluarga

Benarlah bahawa Hidayah itu milik Allah dan boleh hadir dalam pelbagai bentuk. Setiap orang mampu berubah untuk jadi lebih baik walau seteruk mana kita mereka yang lalu.

Seperti kisah pasangan suami isterinya yang tular apabila kisah perkenalan mereka menjadi perhatian dan inspirasi buat kita semua serta ramai anak muda di luar sana.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh Zuliani Asylia, dia berkongikan kisah silam suaminya dan detik perkenalan mereka sebelum diijabkabulkan.

Zuliani berkata mereka berdua berjumpa buat kali pertama sebuah di kelab malam, namun dalam video yang dikongsikan kelihatan suaminya mengenakan T-shirt berwarna merah dan kain pelikat sambil sedang menunaikan solat.

https://www.tiktok.com/@zuliani_asylia/video/6895365688702029057?

Perkongsiannya itu sekaligus menepis pandangan orang ramai bahawa lelaki kelab juga boleh berubah untuk menjadi suami yang baik. Kata Zuliani suaminya kini sudah berubah dan menjadi imam dalam hidupnya.

Malah, Zuliani percaya bahawa setiap manusia berhak diberi peluang untuk berubah dan memperbaiki kesilapan dirinya terdahulu.

Perkongsian Zuliani itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi pasangan itu serta mendoakan suaminya kekal istiqamah untuk memperbaiki diri.

SUMBER: TikTok