Kisah Pasangan Romantik Bersama Hingga Ke Akhir Hayat Ini Buat Netizen Sebak

0
17478

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya mahu kasih yang terjalin tergenggam erat sehingga ke akhir hayat.

BACA: Sebak Tengok Ayah Jual Ikan Rumah Ke Rumah Cari Nafkah Ketika PKP

Melihatkan satu perkongsian di laman Twitter baru-baru ini, ramai yang menyatakan rasa terharu kerana jelas sekali terpancar rasa kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi di antara suami isteri ini.

Melalui perkongsian atinsyu_, neneknya terlebih dahulu dimasukkan ke hospital kerana barah usus.

Tidak lama kemudian, datuknya pula terkena demam panas dan dimasukkan ke hospital yang sama.

“Nenek pernah ckp yg dia tak snggup tinggalkan Atuk keseorangan. Walaupun tengah menderita, tapi selalu menjaga sama sendiri”

“Sangat cantik aturan Allah, Atuk sempat berjumpa Nenek sebelum Nenek pergi dulu. kemudian Atuk menyusul dimalam hari,” kongsinya.

Beberapa gambar yang dikongsikan oleh atinsyu_ berserta caption sudah cukup membuatkan hati netizen tersentuh. Tidak pernah lekang dari senyuman, ada individu turut menyatakan bahawa inilah definisi cinta hingga ke akhir hayat.

Sementara itu menurut laporan Kosmo! Online, melalui temubual bersama anak Allahyarham, Wan Rahimah, dia menyatakan bahawa arwah bapanya, Wan Yahya dan Wan Zainun sangatlah rapat.

Mengakui terkejut dengan pemergian ibu bapa tercinta, namun mereka reda dengan ketentuan Allah.

“Ayah amat sugul dan bagaikan hilang separuh nyawa selepas emak dimasukkan ke hospital. Hubungan mereka memang sangat rapat seperti belangkas”

“Dua hari lalu (Isnin), kami adik-beradik bawa ayah jumpa emak. Dalam pertemuan tera­khir hampir sejam itu, ayah pegang erat tangan dan renung wajah emak dalam-dalam sambil menangis,” jelas anak pasangan ini, Wan Rahimah.

Menurutnya lagi, ibu bapa mereka ialah pasangan yang romantik dan tidak pernah sekali pun bergaduh besar.

“Mereka selalu membuat keputusan bersama sepanjang 64 tahun berkahwin,” katanya.

Wan Rahimah berkata, ibu bapanya membesarkan mereka lima beradik sebagai peniaga kedai runcit dan rempah ratus sejak tahun 1970-an. Dia kemudiannya mewarisi perniagaan tersebut pada tahun 2008.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.