Kisah Perginya Anjing Bernama Puteh Yang Buat Netizen Menitis Air Mata

0
15188

Umat Islam dituntut untuk berbuat baik kepada semua makhluk Allah termasuklah juga kepada haiwan. Malah, sering kita melihat perkongsian umat Islam memberi makan kepada anjing.

Baru-baru ini, perkongsian anggota polis ini yang rapat dengan seekor anjing bernama Puteh membuatkan netizen sebak apabila haiwan berkenaan akhirnya pergi jua.

Sebelum ini, individu tersebut ada berkongsikan video bersama Puteh dimana setiap kali dia datang ke tempat tersebut pasti anjing berkenaan ada datang. Malah, dapat dilihat anjing berkenaan cukup jinak dengannya.

 

Namun, pada suatu hari individu itu berkata dia tidak nampak kelibat Puteh meskipun dipanggil. Menerusi video dikongsikan, dia dimaklumkan oleh pengawal keselamatan yang terlihat Puteh berlari dalam keadaan luka dan penuh darah.

Katanya lagi, hanya kesan darah yang tinggal pada lokasi berkenaan. Tidak mahu berputus asa, individu berkenaan nekad mencari Puteh dengan mengikut jejak darah.

Lebih sebak, individu itu berkata melihatkan percikan darah di jalan pasti Puteh sangat sakit ketika itu.

 

Kesan darah tersebut membawanya ke satu lokasi lapang seperti tapak pembinaan yang akhirnya dipertemukan dengan Puteh yang sudah tidak lagi bernyawa.

Sementara itu, diruangan komen individu itu berkata Puteh mati bukan sebab dilanggar ataupun bergaduh, namun tidak boleh dedahkan sebab apa. Individu itu juga turut tidak dapat menerima Puteh mati dalam keadaan begitu.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak dan mengalirkan air mata dengan apa menimpa Puteh serta mengatakan Puteh sudah berada di tempat yang lebih baik.

Dalam pada itu, ramai yang kagum dengan sikap individu itu yang berbuat baik dengan haiwan berkenaan dan hanya Tuhan boleh membalasnya.

SUMBER: TikTok Abah_iffat