Kisah Sebenar Di Sebalik Kereta Lawan Arus Di Lorong Motosikal

Baru-baru ini tersebar sebuah rakaman video seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan kecil. Melalui rakaman tersebut, sebuah kereta bukan sahaja telah menggunakan laluan motosikal namun turut melawan arus di jalan yang kecil itu.

BACA: Kena Carut & Maki, Pelanggan Biadap Siap Nak Ugut Mak Ayah Penghantar Makanan

Bagaimanapun menurut laporan mStar Online, pemandu kereta berkenaan sebenarnya dalam perjalanan kembali ke jalan yang benar (laluan kereta).

Selain itu, seorang penunggang motosikal juga turut memohon maaf kerana tidak cekap memberi isyarat ketika membantu kereta berkenaan kembali ke lebuh raya.

Menurut Muhammad Fahmi Faiz Muhammad yang sedang dalam perjalanan untuk membuat penghantaran, dia membantu pemandu berkenaan dengan menunggang motosikal di depan kereta berkenaan.

“Masa nak masuk terowong tu saya bagi hon dan ada seorang penunggang motosikal lain berhenti di tepi. Tapi abang yang tunggang motosikal biru tu mungkin tak sempat brek hingga langgar tembok dan saya teruskan perjalanan untuk beri amaran kepada penunggang motosikal lain di hadapan,” jelasnya.

Setelah selesai menghantar kereta berkenaan ke jalan raya, dia kembali ke terowong berkenaan namun lelaki dengan motosikal biru itu sudah tiada.

Dia kemudiannya membuat laporan polis selain turut bersedia berjumpa abang motor biru tersebut untuk memohon maaf.

Kejadian ini dilaporkan terjadi di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan berdekatan dengan pusat membeli-belah Mid Valley Megamaall.

Jika diikutkan, kejadian sebegini bukan saja baru berlaku di terowong berkenaan malah kami sendiri pernah berdepan situasi sebegini beberapa tahun kebelakangan ini.

Mungkin juga penunjuk jalan yang mengelirukan membuatkan kejadian seperti ini sering berlaku.