Kisah Sebenar Di Sebalik Wanita Bergelang Kuarantin, Kini Di Hospital

Masih hangat lagi diperkatakan tentang tindakan seorang wanita yang masih memakai gelang kuarantin namun makan di sebuah restoran. Perkara ini dalam masa yang sama mengundang kegusaran serta kebimbangan netizen tentang virus COVID-19 yang belum surut-surut ini.

BACA: Tak Patuh Arahan KKM, Netizen Bengang Dengan Wanita Bergelang Kuarantin Ini

Kami susun kronologi atau turutan kejadian oleh laporan Sinar Harian yang mungkin ramai tidak tahu.

4 Julai 2020 – Wanita berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Saringan dilakukan dan didapati negatif namun diperintahkan menjalani kuarantin.

6 Julai 2020 – Bersarapan di sebuah kafe bersama keluarganya setelah tiba dari Selangor

17 Julai 2020 – Wanita berkenaan dimasukkan ke hospital setelah ujian saringan kedua menunjukkan keputusan positif COVID-19

Menurut sumber portal berita tersebut, wanita berkenaan masih menjalani rawatan COVID-19 bersama anak lelakinya dan berdasarkan penjelasan daripada pihak kesihatan, volume (kandungan) virus adalah kurang dan risiko menjangkiti juga kurang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan perkara itu setelah siasatan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam situasi sebegini, sama-samalah kita doakan semua yang dijangkiti agar cepat sembuh namun dalam masa yang sama, kita juga perlu kembali mengawal ketat pergerakan di luar kerana tidak mustahil gelombang kedua COVID-19 ini akan melanda jika penjarakan tidak terkawal.

Jika tak mahu ketinggalan info dan bacaan menarik setiap hari, jangan lupa follow kami di Facebook dan Instagram.

Gambar Ihsan: Reuters