KKM Dedah Realiti Sebenar Negara, Hospital Mungkin Tak Dapat Tampung Pesakit Covid-19

Melihatkan jumlah kes meningkat setiap hari dan kes COVID-19 yang aktif kini mencapai 24,347 kes sekaligus menimbulkan kebimbangan. Setakat ini, Malaysia mencatatkan 125,438 kes sejak wabak ini bermula.

Mendedahkan realiti sebenar negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata sistem penjagaan kesihatan kini berada pada “tahap genting” dan sedang berjuang dengan pertambahan jumlah pesakit.

“(Ini) kerana kes meningkat setiap hari. Kami mungkin tidak dapat menampung pesakit di kemudahan kami.

“Kami melihat bagaimana kami dapat meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita. Tetapi yang terbaik adalah bukan hanya meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita … tetapi untuk mengurangkan beban,” katanya.

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1346766354045550592

Susulan itu, KKM semalam mencadangkan kepada kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan ‘PKP bersasar’ untuk menurunkan jumlah kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata PKP Bersasar yang dimaksudkan beberapa negeri akan berada di bawah perintah kawalan pergerakan.

“Ini pendekatan yang lebih bersasar. Daripada (melibatkan) seluruh negara seperti apa yang kita lakukan untuk PKP pada 18 Mac tahun lalu.

“Sekarang saya rasa strategi kita akan berubah – kita akan lebih (melihat keadaan) setempat dan disasarkan daripada segi pelaksanaan,” katanya.

SUMBER: MalaysiaKini