Kisah fiksyen novel lucah ‘Cikgu Suraya’ sememangnya popular suatu ketika dahulu. Sebelum ini tular video memaparkan wanita memakai tudung berwarna hijau dan disamakan dengan watak tidak senonoh itu.
Baru-baru, ini seorang pengguna TikTok berkongsikan video mengenai keadaan bibirnya yang kering dan mengenakan tudung berwarna hijau.
Bagaimanapun, dek kerana tudung berwarna hijau, video wanita itu dihujani dengan komen berbaur lucah dan boleh dianggap sebagai satu gangguan seksual.
@alia.acha Reply to @akagaminoadik ♬ original sound – Alia Acha
Rata-rata netizen memberikan komen seperti supaya jangan memakai tudung hijau serta ada yang menyamakan pengguna TikTok itu dengan Cikgu Suraya.
Perkara itu turut mendapat perhatian warga Twitter yang mengecam tindakan netizen meninggalkan komen berbaur lucah itu serta kasihan dengan wanita tersebut yang menjadi mangsa gangguan seksual.
Takut tengok komen, hanya kerana warna tudung wanita tersebut jadi mangsa gangguan seksual.
Sekadar info, antara perbuatan yang boleh diklasifikasikan sebagai gangguan seksual dalam talian adalah seperti menghendap (stalking), memberi ucapan benci atau lucah, memeras ugut, mencari dan menyebarkan maklumat sulit dengan tujuan memalukan atau menjatuhkan maruah seseorang.
SUMBER: The Vocket