Kompaun Langgar SOP Dinaikkan Kepada RM10,000, Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati

Umum mengetahui, bermula semalam nilai kompaun sebanyak RM1,000 dinaikkan sehingga RM10,000 bagi mereka yang tidak mematuhi operasi standard ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah, sejak semalam kecoh apabila tular di media sosial mendakwa ada yang sudah dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 gara-gara tidak scan MySejahtera.

Difahamkan, bagi mereka yang dikenakan kompaun RM10,000 itu diberi masa dua minggu untuk menyelesaikan bayaran tersebut.

Operasi standard baharu itu ternyata mengundang rasa tidak puas hati di kalangan netizen. Malah, ada yang berpendapat kompauan yang dikenakan tidak adil buat mereka yang tidak mampu.

Lebih netizen bengang apabila perlu menyelesaikan kompaun tersebut dalam tempoh dua minggu sahaja.

 

Melihatkan kes semakin menurun sejak beberapa hari ini, mungkin kompaun dinaikkan kerana tidak mahu lagi ada pihak yang sewangnya melanggar SOP. Apa kata anda?

SUMBER: Twitter