Kongsi Berita Gembira Hamil Tapi Ditampar Suami, Wanita Reda Dicerai Masa Pantang

Setiap pasangan berkahwin pasti impikan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat bersama anak-anak yang juga sebagai penyeri.

Namun, sejak kebelakangan ini ada saja kisah rumah tangga dikongsikan dimana suami tidak bertanggungjawab serta bersikap lepas tangan terhadap isteri dan anak.

Baru-baru ini tular kisah yang dikongsikan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Nabiela dimana suaminya tidak bertanggungjawab.

Meskipun berkahwin atas dasar cinta, wanita itu memberitahu suaminya juga turut berlaku curang serta culas dalam memberi nafkah.

Lebih menyedihkan, wanita itu ditampar oleh suaminya ketika itu sewaktu mahu memberitahu dirinya hamil anak pertama zuriat mereka. Ujarnya, dia bercadang untuk membuat kejutan apatah lagi ketika itu adalah hari lahir suaminya.

Menurutnya lagi, selepas individu itu dia ditinggalkan dan melalui proses hamil dan bersalin tanpa suami disisi.

Tambahnya lagi, suaminya itu juga turut menyekat nombor telefonnya sehingga sukar untuk berhubung. Dia merasakan dirinya seperti pengemis apabila meminta suaminya untuk mengazankan anak mereka.

Bagaimanapun, rumah tangga mereka sampai ke titik nokhtah apabila dia diceraikan suaminya ketika sedang berpantang.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersimpati dengan nasib menimpa wanita itu.

Malah, ada yang menitipkan nasihat sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga kenal atau siasat mengenai pasangan 6 bulan sebelum kahwin serta tanya pada keluarga mengenai sikap mereka.

SUMBER: TikTok