Rabu lalu, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down, adik Bella.
Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Datin Anne Ngasri yang dilihat ada memuat naik foto bersama Siti Bainun berlatar belakangkan Kaabah.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Anne menitipkan kata-kata pesanan serta mendoakan urusan Siti Bainun dipermudahkan.
“Kepada Allah kita berserah….Bahagian dia hari ni esok lusa kita pun belum tentu. Saya doakan Allah swt permudahkan segala urusan Bainun,” tulisnya.
Dalam pada itu, Anne turut mengingatkan dirinya serta orang ramai supaya bersangka baik dan lebih baik berdiam diri jika tiada perkara baik untuk dikatakan.
“Saya juga igtkan diri saya sendiri berkatalah yang baik, jika tiada yang baik diam adalah jalannya.
“Siapa kita untuk menilai apa lagi menghukum. Semoga Allah swt mengampuni dosa kita semua. Amin….” tulisnya.
Sementara itu, Anne dilihat menutup ruangan komen perkongsian itu dipercayai bagi menghalang netizen daripada menulis kata-kata negatif.