Kongsi Video Ambil Cincin, Mungkinkah Shila Amzah & Ubai Bakal Kahwin?

Perkongsian penyanyi Shila Amzah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video seolah memberitahu dirinya menerima lamaran kekasihnya, Ubai.

Menerusi video tersebut, Shila dan Ubai berada di barang kemas untuk mengambil tempahan cincin di sebuah kedai.

Cincin tersebut dipercayai cincin Ubai melamar Shila untuk menjadi pasangan hidupnya. Malah, Shila turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan baik-baik buat mereka.

@shilaamzahofficial

I said yes 💍 Terima kasih buat semua yang doakan baik2🤍

♬ original sound – tutordancetiktok💃🏼 – tutordancetiktok💃🏼

“Today is the day when kita orang ambil cincin kita. No, cincin I je. Thank you sayang,” kata Shila.

“Sama-sama. Datang lagi. Tinggal rama-rama je keluar,” balas Ubai sambil menunjukkan dompetnya.

Perkongsian Shila itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah buat pasangan itu serta mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.