Kongsi Video Pakaikan Stokin Suami, Ada Netizen Menyampah Dengan Heliza Helmi?

Meskipun hampir sebulan mendirikan rumah tangga, berita perkahwinan penyanyi dan aktiviti kemanusiaan, Heliza Helmi dan suaminya Datuk Seri Mahadi masih menjadi bualan.

Baru-baru ini, Mahadi ada berkongsikan video di Instagram memaparkan gelagat isterinya melayan suaminya. Mahadi berkata ketika itu mereka sudah bersiap untuk keluar sempena dengan majlis resepsi berlangsung di dewan Bizmilla.

Bagaimanapun, Mahadi berkata dia terlupa untuk memakai stokin dan isterinya yang membantu untuk memakaikan stokin ke kakinya.

“Semoga Allah merahmati kami dan kita semua di kurnikan sakinah mawaddah warahmah till jannah bersama pasangan-pasangan kita,” tulisnya.

Perkongsian Mahadi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tersenyum melihat video berkenaan. Malah ada yang mengatakan mereka teringat akan Allahyarham Siti Sarah yang sering pakaikan Shuib stokin.

Namun, ada juga segelintir netizen sudah mula muak dan menyampah dengan kisah pasangan tersebut yang seperti tiada kesudahan sejak awal kahwin lagi.

Malah, ada yang memberi komen sindiran akan ada lagi episod mengenai kisah Heliza dan suaminya selepas ini.

Kata netizen lagi, jika sekali sekala berita mengenai mereka muncul tidak mengapa namun jika setiap benda dikongsikan seolah tidak sesuai dengan imej mereka.

SUMBER: Resepi Orang Kampung