Konon Buat Cabaran Duit Raya RM1,000, Netizen Kantoikan Aisar Khaled Rupanya Berpakat?

Sebut saja nama Aisar Khaled, pasti ramai mengenali influencer kontroversi itu. Apa saja konten yang dibuat pemuda itu pasti akan menjadi perhatian ramai dan ada yang menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Baru-baru ini, influencer itu menjadi bualan ramai apabila membuat cabaran mencari duit raya tersembunyi yang bernilai RM1,000.

Bagaimanapun, tular video yang dimuat naik @tehais yang mendakwa individu yang menjumpai duit raya RM1,000 itu merupakan sepupu Aisar sendiri.

Malah, turut didedahkan individu bernama Syakir itu bersama YouTuber berkenaan pernah merakam foto bersama pada hari raya 2017.

Tampil menjelaskan dakwaan tersebut, Aisar mengakui individu itu adalah sepupunya namun menafikan sudah merancang bersama mengenai perkara itu.

“Dia memang sepupu Aisar, tapi semua ini tidak ada dalam perancangan langsung. Selepas video cabaran tersebut dimuat naik, dia terus menelefon untuk turut serta, selain bertanyakan lokasi tersebut.

“Tapi, Aisar cakap mana boleh beritahu, nanti tak berlaku adil. Harap tiada lagi isu, insya-Allah ada rezeki Aisar buat lagi,” katanya.

SUMBER: TikTokĀ