Baru-baru hangat diperkatakan apabila tular mengenai beberapa influencer didakwa didakwa telah merentas negeri bagi menghadiri perkahwinan rakannya di Kelantan.
Susulan kontroversi itu, salah seorang influencer tampil memberikan respon mengenai perkara itu selepas tindakan mereka mendapat perhatian pihak berkuasa. Menurutnya, mereka sudah pun memberi keterangan dan kes masih lagi dalam siasatan pihak polis.
Ujarnya lagi, dia berharap agar orang ramai tidak terus-terusan mengecam dan adalah lebih baik jika pihak polis melakukan siasatan. Jelasnya lagi, jika benar mereka bersalah mereka akan memohon maaf.
“Korang merangkak la cari kita orang dekat padang masyar nanti. Kes ini masih dalam siasatan polis. Kami semua dah bagi keterangan dekat pihak polis.”
“Biar polis buat siasatan kalau betul kami salah. Kami semua akan minta maaf. Orang tu baru kahwin korang dah buat perangai ayah pin!,” tulisnya.
Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat mengesahkan masih sedang mengesan beberapa individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di Kota Bharu.
SUMBER: Instagram