Kronologi Akak Ajar Adik Bersetubuh, Akibatnya Buat Lelaki Ini Ketagih

Hampir saban hari kita mendengar laporan berita kanak-kanak menjadi mangsa lempias nafsu lelaki bertopengkan syaitan. Lebih mengejutkan, kebanyakan kes berlaku diantara ahli keluarga sendiri seperti kes ini yang dikongsikan oleh aktivis terkenal Syed Azmi.

Menerusi perkongsian tersebut, seorang lelaki mengaku ketagih dengan seks selepas kakaknya mengajar bersetujuh dengan adik perempuannya berusia 5 tahun.

Menurutnya, ketika itu dia baru berusia 7 tahun. Kejadian itu membuat dia menjadi ketagih untuk bersetubuh dengan adiknya dan berlarutan sehingga usia adiknya belasan tahun.

Meskipun sudah dirotan oleh ibu bapanya dengan teruk namun dia tidak dapat mengawal nafsu sehinggalah dia berkahwin pada usia 25 tahun.

Assalamualaikum. Tujuan saya menghubungi tuan kerana nak meluahkan satu penyakit saya. Saya tahu perbuatan saya salah tetapi saya tak dapat untuk mengawalnya. Ini kerana waktu umur saya 7 tahun kakak saya telah mengajar saya bersetubuh dengan adik perempuan saya umur 5 tahun.

Bermula dari kejadian itu saya menjadi ketagih dan sentiasa melakukan dengan adik saya sehingga umur belasan tahun, mak ayah tahu dan merotan saya dengan teruk. Tetapi ia masih tak dapat mengawal lagi nafsu saya sehinggalah saya bertemu jodoh waktu umur 25 tahun dengan seorang janda anak 1. Adik saya juga akhirnya kahwin selepas hamil dengan lelaki pilihan dia.

Kata lelaki itu, dia menyangka selepas berkahwin dia dapat menghentikan ketagihannya itu namun ia berlanjutan dengan anak tirinya yang berusia 8 tahun.

Hubunan jijiknya itu berlanjutan sehingga anak tiri berada di tingkatan dua namun kegiatan mereka berkurangan apabila anak tirinya itu tinggal di asrama.

Bagaimanapun, dia kini hidup berasingan dengan isterinya untuk mempelajari ilmu agama serta meluapakan tabiatnya itu.

Saya ingat, selepas berkahwin perkara itu terhenti di situ. Ia berlanjutan pula dengan anak tiri saya yang berumur 8 tahun ketika itu. Dan berlanjutan sampai tingkatan 2. Anak tiri saya tinggal di asrama dan ia sedikit sebanyak mengurangkan kegiatan kami tetapi masih lagi melakukan sesekali, dengan zaman sekarang, saya amat takut dengan undang-undang dan segala dosa-dosa saya.

Sekarang sy hidup berasingan tetapi tidak bercerai untuk mempelajari ilmu agama dan cuba melupakan tabiat saya itu. Saya cuma ingin memberi tahu, jangan lah menyalahkan lelaki dari segala hal yang buruk kerana ia ada sejarah disebaliknya.

SUMBER: Facebook Syed Azmi