Kumpulan Sa Ya Terkeluar, Vida Bongkar Perangai Sebenar Pihak Gegar Vaganza?

0
8700

Ahad lalu, perjalanan kumpulan duo lagenda, Sa Ya yang dianggotai Yassin dan Saiful Apek berakhir apabila tersingkir di konsert minggu kelapan Gegar Vaganz (GV8).

Akur dengan keputusan juri yang menegur vokal mereka, Sa Ya berkata sudah adat pertandingan kalah dan menang, namun banyak perkara dipelajari sepanjang berada dalam GV8.

“Ini adat pertandingan. Kami pelawak pertama sertai GV. Kami dalam proses belajar. Dalam satu kejayaan ada 99 kegagalan. Tujuan kami untuk perbaiki persembahan di pentas. Ini adalah satu proses pembelajaran untuk beri inspirasi kepada orang di luar sana.

“Kami sudah langsaikan hutang dalam bidang seni untuk peminat sepanjang dalam GV8. Peluang ini akan jadi lipatan sejarah,” kata Saiful.

Dalam pada itu, perkongsian bekas penaja program itu iaitu Datuk Seri Vida menjadi perhatian ramai apabila tidak berpuas hati dengan penyingkiran Sa Ya.

Kata Vida, ada peserta lain yang lebih teruk daripada Sa Ya namun hairan mengapa masih lagi diselamatkan untuk ke separuh akhir.

Lebih menjadi perhatian, Vida berkata dia mengetahui tentang permainan program berkenaan apatah lagi dia pernah menjadi penaja sebelum ini.

Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju bahawa kumpulan Sa Ya sudah bersungguh-sungguh memberi persembahan terbaik namun tidak dipandang.

SUMBER: mStar