Lama Tak Balik Kampung, Suami Menangis Isteri Masak Gulai Rasa Sama Macam Masakan Mak

0
8084

Sejak kes Covid-19 mencatatkan peningkatan, sedar tak sedar sudah empat bulan elonggaran rentas negeri ditarik semula.

Malah, harapan rakyat untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung juga semakin samar apatah lagi semalam kes meningkat naik sehingga lebih 2,000.

Dalam menyambut bulan Ramadan ini, sudah tentu ramai yang rindu untuk berbuka puasa bersama ibu bapa yang berada di kampung serta menikmati masakan air tangan ibu.

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok seorang wanita yang berkongsikan momen suaminya yang menangis ketika menikmati masakan gulai ayam isterinya.

Sebaik sahaja merasai hidangan tersebut, suaminya tidak dapat menahan air mata kerana rasanya sama seperti masakan ibunya.

Menurut wanita tersebut, dia mencuba memasak hidangan gulai ayam Terengganu mengikut resipi mertuanya sebagai hidangan berbuka puasa mereka.

Wanita itu berkata suaminya terlalu rindu pada ibunya yang sudah lama tidak berjumpa disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak. Malah, ada yang melalui perasaan sama sudah lama tidak dapat pulang ke kampung berjumpa ibu bapa mereka.

Diharap keadaan negara segera pulih dari wabak Covid-19 dan rakyat akan dibenarkan rentas negeri semula.

SUMBER: TikTok