Lambat Ke Sekolah, Ibu Kesal Anak Darjah 1 Didenda Berjemur Panas Terik

Pasti ramai tahu Malaysia kini sedang dilanda musim panas ditambah pula berlaku kes-kes strok haba melibatkan kanak-kanak dilaporkan.

Melihatkan cuaca panas melanda kini, ramai ibu bapa yang bimbangkan anak-anak mereka lebih-lebih lagi apabila berada di luar rumah dan di sekolah.

Baru-baru ini, tular video dikongsikan seorang ibu yang meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang guru yang mendenda anaknya berdiri di tengah panas terik.

Menurut ibu berkenaan, anaknya berusia 7 tahun itu didenda berjemur di bawah panas terik jam 2 petang kerana datang lewat 10 minit ke sekolah.

https://www.tiktok.com/@dvafella/video/7231106098726522130

“Dalam pada pihak KPM mengambil langkah berjaga-jaga pada musim panas ni, anak aku selamba je ustazah denda jemur tengah cuaca panas atas alasan anak aku lambat ke sekolah.

“Dah la dipulaukan diasingkan berdiri jauh dari perhimpunan pelajar-pelajar lain, disidainya anak aku sorang-sorang bawah panas terik jam 2 petang.

“Dalam pada pihak KPM mengambil langkah berjaga-jaga pada musim panas ni, anak aku selamba je ustazah denda jemur tengah cuaca panas atas alasan anak aku lambat ke sekolah,” tulisnya 

Katanya lagi, denda yang diberikan kepada anaknya itu agak keterlaluan apatah lagi Malaysia sedang dilanda cuaca panas dan tiada salahnya jika denda di tempat teduh.

“Budak tu baru darjah 1 kot. Baru nak belajar kenal alam persekolahan sebenar. Banyak cara lagi kau boleh denda kenapa cara bodoh juga kau pilih? Salah ke kalau kau denda bawah tempat teduh macam kau berteduh bawah koridor?” tulisnya.

Sementara itu, diruangan komen wanita itu memaklumkan selepas hampir seminggu insiden itu berlaku dan tular, barulah guru besar sekolah berkenaan menghubungi mereka untuk bersemuka.