Langgar Jalan Berlubang Di Klang, Penunggang Motosikal Terus Jatuh Terbujur Kaku

Bila bercakap soal jalan raya tak berturap, sudah berbuih mulut pengguna jalan raya menyuarakannya namun selagi tidak ada korban, selagi itulah jalan yang tidak rata atau berlubang itu akan dibiarkan.

BACA: Tindakan Akak Basikal Tukar Lane Ini Buat Netizen Marah Sungguh

Melalui satu perkongsian yang baru lagi tular di laman sosial, seorang penunggang motosikal dilihat terbujur kaku sebaik saja melanggar lopak air.

Sebelum terjatuh, mangsa dapat dilihat cuba mengawal keadaan sebelum tersembam menyembah bumi.

Lebih menyedihkan lagi, kelihatan beberapa buah kereta berhenti namun tidak memberikan pertolongan sebaliknya pengguna motosikal yang lain yang menghulurkan bantuan.

Melalui perkongsian netizen di laman sosial, lokasi kejadian didakwa berlaku berhampiran dengan Hospital Columbia Asia, Klang. Sehingga kini status mangsa kejadian belum diketahui lagi.

Semoga penunggang motosikal berkenaan tidak mengalami kecederaan teruk dan dipermudahkan segala urusan bagi mereka yang menghulurkan bantuan.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.