Langgar Sampai Polis Duduk Tersimpuh, Netizen Persoal Siapa Yang Salah Sebenarnya?

Semalam tular di media sosial video seorang anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas di susur Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dilanggar oleh penunggang motosikal jenis Yamaha Y15.

Melihat pada video tersebut, penunggang berkenaan hendak memasuki susur tersebut dan melanggar anggota polis yang sedang menjaga trafik.

Susulan video tular itu, netizen persoal siapa yang salah sebenarnya dalam insiden tersebut, sama ada penunggang Y15 ataupun anggota polis berkenaan yang duduk di situ.

 

Rata-rata netizen mengatakan bukan salah penunggang berkenaan kerana dia tidak perasaan ada anggota yang berada di susur keluar tersebut.

Kata seorang netizen, tidak boleh salahkan penunggang tersebut sahaja kerana dia tidak masuk secara melulu. Tambahnya lagi, adalah lebih baik polis berdiri di atas pembahagi jalan agar dapat dilihat pemandu lain.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan jika dia berada di tempat penunggang tersebut pun pasti akan terlanggar anggota polis berkenaan kerana kebanyakan penunggang pasti akan ‘cilok’ untuk masuk ke jalan bersebelahan.

Difahamkan, kedua-dua individu itu tidak mengalami kecederaan dan tiada kerosakan pada kenderaan.

Malah, anggota trafik yang dilanggar itu juga tidak membuat sebarang laporan polis terhadap kemalangan yang berlaku sebaliknya meneruskan tugas di lokasi kejadian.