Masih lagi segar dalam ingatan netizen majlis tahnik yang diadakan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa buat anak keduanya yang turut dihadiri beberapa individu ternama tanah air.
BACA: “Mak Buka Mata Mak, Bangun Mak, Mengucap Mak”
Melalui laporan Sinar Harian, penyanyi yang berasal daripada Pahang dan suaminya itu dikenakan kompaun RM10,000 setiap seorang. Sementara itu, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.
Jumlah yang sama turut dikenakan kepada 3 orang anak Datuk K.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, siasatan terhadap keluarga tersebut dijalankan selepas pihaknya menerima laporan mengenai majlis tersebut.
Gambar majlis tahnik yang diadakan pada 26 April 2021 itu ternyata membuatkan netizen kurang senang apabila kehadiran menteri dan penceramah yang didakwa merentas negeri semata-mata untuk menghadiri majlis berkenaan.
Malah perkara tersebut dilihat tidak sensitif dengan situasi terkini pandemik Covid-19 yang mana kebanyakan rakyat biasa berhadapan dengan undang-undang dan SOP ketat sepanjang masa.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
Sumber: Sinar Harian