“Lapor Polis Jika Jiran Curi-Curi Balik Kampung”

Sejak Sabtu lalu, berita melaporkan ramai yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung sehingga ditahan serta dikompaun sebelum diarahkan untuk berpatah balik.

Tinggal dua hari lagi sebelum menjelang Aidilfitri, perjalanan keluar Kuala Lumpur menuju ke negeri lain dikatakan semakin rancak.

Susulan itu, Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad menasihatkan orang ramai memerhati kawasan kejiranan dan melaporkan kepada polis jika ada yang pulang beraya ke kampung tanpa kebenaran.

Beliau berkata laporan daripada orang ramai diperlukan bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap individu yang tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Aidilfitri 2021.

Dalam pada itu, beliau berkata polis Perlis juga akan mempertingkatkan lagi jumlah keanggotaan serta mengambil tindakan tegas buat mereka yang melanggar SOP.

Katanya lagi, jumlah kenderaan yang dikesan bertambah di Perlis sejak beberapa hari kebelakangan ini. namun tidak serius iaitu sekitar lima peratus berbanding hari biasa.

SUMBER: MalaysiaKini