Sejak semalam, hangat diperkatakan mengenai video tular pensyarah didakwa menghina pelajar yang tiada laptop serta golongan B40 sekaligus mencetuskan kemarahan netizen.
Perkara itu turut mendapat perhatian pesara tentera yang juga aktivis masyarakat terkenal, Abdul Rani Kulup Abdullah telah menunjukkan tanda sokongannya kepada pensyarah berkenaan.
Berkongsikan pendapatnya di Facebook, Rani Kulup berkata anak-anak zaman sekarang kini tidak mementingkan soal pelajaran terutama ibu bapa.
Menurutnya, ramai anak muda di luar sana tidak mampu membeli komputer riba tetapi mampu untuk pakai iPhone dan mahu memakai kereta jenama Honda.
Katanya lagi, generasi muda zaman sekarang juga tidak bersedia untuk menimba ilmu kerana apa yang penting bagi mereka adalah gaya hidup dan meralam.
Rani Kulup turut berkongsikan pengalaman menemuduga calon dimana ada yang menulis di resume semuanya bagus tetapi sebaliknya indah khabar dari rupa.
Perkongsian Rani Kulup itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh beliau.
Kata netizen tindakan pensyarah itu memarahi pelajar berkenaan kerana mementingkan ilmu sehingga meminta untuk menggadaikan barang kemas untuk pelajaran.
Sejak pagi tadi, hangat diperkatakan apabila tular laporan kronologi dipercayai dibuat oleh pihak UiTM secara dalam mengenai kontroversi berkenaan.
Siasatan mendapati, pelajar tersebut masih mempunyai ibu yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang. Pelajar tersebut juga sebenarnya mempunyai komputer peribadinya sendiri tetapi tidak dibawa bersama ke kampus.
SUMBER: Murai.my