Lebih Murah, Malaysia Kini Ada Topeng Muka Sendiri

Umum mengetahui mulai 1 Ogos lalu, rakyat diwajibkan untuk memakai pelitup muka atau topeng muka ketika berada di tempat awam sesak dan ketika menggunakan penganggkutan awam.

Bagi mengelakkan kebergantungan negara terhadap bekalan import, syarikat tempatan Durio PPE Sdn Bhd mengeluarkan topeng muka berkualiti dengan harga yang lebih murah, namun tetap selesa dipakai.

Durio merupakan pengilang pelitup muka dan fabrik melt blown di Malaysia menawarkan produk berkualiti dan selesa dipakai pada harga murah.

Difahamkan, Durio kini giat menghasilkan empat unit mesin pengeluaran melt blown 1.6 meter yang boleh mencapai kapasiti bulanan 240 matrik tan dan mampu menampung 240 juta keping pengeluaran pelitup muka.

Untuk pengetahuan anda, melt blown adalah lapisan asas alat pelindung diri dengan teknologi tinggi yang dihasilkan syarikat berkenaan.

Dengan kerjasama syarikat terkemuka dunia dan menggunakan kualiti terbaik polipropilena 100 peratus, Durio menawarkan bahan melt blown secara elektrostatik berkualiti tinggi untuk penapisan tahan lama dan tinggi.

Topeng muka yang dihasilkan menggunakan gabungan terbaik dari bahan kalis air, dari penapis tengah ke penyerap dalaman termasuklah gelung telinga dan jalur hidung bagi memberikan keselesaan terbaik buat pengguna.

Lebih menarik, bersempena dengan Hari Kebangsaan ke-63, Durio menghasilkan pelitup muka eksklusif bercetak reka bentuk Hari Kebangsaan pada harga cukup berpatutan iaitu RM29.95 sekotak (50 keping).

Jika anda berminat boleh dapatkan di kedai rasmi Durio menerusi platform beli belah atas talian Shopee dan Lazada.

SUMBER: Harian Metro & Youbeli