Lebih Rela Kawan Dengan Lelaki, Wanita Ini Dedah 5 Sebab Tak Suka Kawan Dengan Perempuan

0
7509

Lumrah berkawan, pasti ada yang tidak senang dengan kelebihan dan kejayaan kita. Lebih teruk, ada yang sanggup tikam belakang kerana perasaan dengki.

Seperti dikongsikan oleh seorang wanita bernama @Sallywhoo ini yang meluahkan rasa sebab mengapa dia tidak suka berkawan dengan perempuan.

Malah, katanya lagi dia lebih rela berkawan dengan lelaki dek kerana kawan perempuan yang suka memburukkan dirinya kepada orang lain meskipun sudah lama berkawan.

https://www.tiktok.com/@sallywhoo/video/6974362317655936258?referer_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2F&referer_video_id=6974362317655936258&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Wanita ini dedahkan sebab 5 sebab mengapa tidak suka berkawan dengan perempuan:

1. Perempuan cepat dengki & hati busuk

Menurutnya, perempuan sememangnya jenis cepat dengki. Walaupun sudah berkawan lama, tidak mustahil untuk mereka tikam belakang.

Katanya lagi, sepatutnya sebagai kawan perlu saling menyokong antara satu sama lain bukan busuk hati.

2. Suka burukkan depan orang lain

Kata gadis itu lagi, perempuan suka memburukkan kawan mereka sendiri pada orang lain tetapi di hadapan mereka ‘pijak semut pun tak mati’.

3. Jenis pijak kepala

Ujarnya lagi, kebanyakan kawan perempuan jenis pijak kepala sedangkan kita layan mereka dengan baik.

4. Sibuk nak cari salah orang

Jelasnya lagi, ada juga dikalangan kawan perempuan yang sibuk mencari salah orang lain sedangkan salah diri sendiri tak nampak.

5. Suka menjatuhkan dalam diam

Dalam pada itu, gadis itu berkata kebanyakan kawan perempuan suka menjatuhkan orang lain dalam diam dan disebabkan itu semakin dewasa semakin kita hilang kawan.

Katanya lagi, daripada berdepan dengan kawan tikam belakang, lebih baik hanya berkawan setakat dua tiga orang atau yang benar-benar layak bergelar sahabat.

SUMBER: TikTok Sallywhoo