Lebuh Raya Sesak Menghala Ke KL, Netizen Bengang Ada Yang Rentas Negeri

0
2829

Umum mengetahui sempena Aidilfitri kali ini, aktiviti rentas negeri serta ziarah menziarah tidak dibenarkan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, sejak malam tadi tular di media sosial gambar di lebuh raya dari Pantai Timur menghala ke Kuala Lumpur sesak dengan kenderaan.

Perkara itu sekaligus menimbulkan persoalan di kalangan netizen mendakwa ramai yang masih tidak mematuhi larangan rentas negeri.

Seorang netizen memuat naik gambar tersebut di Facebook mempersoalkan adakah semua kenderaan menuju ke Kuala Lumpur itu kerana mempunyai urusan kerja dan pasangan jarak jauh.

Difahamkan, keadaan lebuh raya Pantai Timur itu sejak dari jam 8.30 malam sehingga jam 1.30 pagi tadi.

Perkara itu turut mendapat perhatian Dr Izzar Anwari yang berkongsikan gambar lebuh raya tersebut serta meluahkan rasa kembimbangan.

Kata Dr Izzar lagi, beliau berharap kesemua kenderaan tersebut bukan pulang dari kampung halaman masing-masing memandangkan kes Covid-19 kini agak membimbangkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan gambar tular tersebut apatah lagi ramai yang degil serta bertindak rentas negeri.

SUMBER: Facebook Zulhafidz Yahaya