Lelaki Akui Ambil Anak Angkat Cuma Nak Pancing Rezeki Zuriat Sendiri

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti impikan cahaya mata sebagai pelengkap dan penyeri rumah tangga. Namun, tida semua pasangan mudah untuk mendapat rezeki zuriat sehingga ada yang perlu menunggu bertahun lamanya.

Ada yang sudah mencuba pelbagai rawatan namun tidak berjaya sehingga ada yang terbuka hati untuk mengambil anak angkat.

Seperti kisah pasangan suami isteri ini yang mengambil seorang kanak-akank perempuan sebagai anak angkat.

Lebih manis selepas mengambil kanak-kanak itu, pasangan itu akhirnya dikurniakan dua cahaya mata mereka sendiri.

Bagaimanapun, perkongsian video yang dimuat naik oleh lelaki ini mencetuskan tanda tanya apabila menawarkan kepada orang ramai untuk mengambil anak angkat perempuannya itu.

Lebih kesal, lelaki itu memberitahu dia mengambil anak angkatnya itu untuk ‘pancing’ mendapatkan zuriat sendiri.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kecewa dengan tindakan lelaki tersebut yang seolah mahu mengambil kesempatan.

Netizen turut terkilan kerana anak angkat tersebut sebenarnya pembawa rezeki serta ada yang berbesar hati untuk menjaga anak kecil itu daripada dibiarkan dengan mereka yang tidak tahu menghargai.

SUMBER: TikTok