Lelaki Berjaya Temui Motosikal Yang Dicuri Dalam Masa 2 Jam Dengan ‘GPS Tracker’

Hampir setiap hari pasti berlaku kes-kes kecurian melibatkan kenderaan atau motoskal lebih-lebih lagi model-model motosikal yang ‘panas’ sentiasa menjadi buruan si pencuri.

Adakalanya, kenderaan yang dicuri akan dijumpai dengan selamat namun dan paling menyedihkan jika hanya ‘bangkai’ sahaja yang ditemui.

Namun nasib tidak menyebelahi pencuri ini, apabila berjaya diberkas selepas dua jam mencuri sebuah motosikal di Puchong, Selangoe.

Seorang netizen dikenali sebagai Wan Haziq berkongsikan dimana motosikal miliknya dicuri pada jam 5 pagi dan dijumapis semula jam 7 pagi. Menurutnya dia bernasib baik kerana telah memasang alat pengesan Global Positioning System (GPS Tracker) pada motosikalnya.

https://twitter.com/whaziqmahazir/status/1295239957192167424?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1295239957192167424%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fmotomart-gps-tracker%2F

Dengan bantuan GPS Tracker itu, dia boleh mengetahui dimanakah lokasi motosikal miliknya berada sejak ianya mula dicuri. Ujarnya, alat pengesan tersebut perlu dipasang di tempat yang agak tersorok dan boleh dipasang pada semua jenis kenderaan.

Menurutnya, kecurian tersbeut dipercayai melibatkan dua orang suspek dimana seorang suspek melakukan tugas percurian dan lagi seorang meleraikan motosikal yang dicuri.

Lebih mengejutkan hasil serbuan di rumah suspek yang ditemui di Bandar Kinrara, pihak polis turut menemui dua rangka motosikal Yamaha Y15.

Susulan perkongsiannya itu, rata-rata netizen tertanya-tanya model GPS Tracker yang manakah digunakannnya.

Tidak lokek berkongsikan kepada netizen, model yang digunakan adalah Motomart GPS Tracker daripada jenama Pitstop. Untuk mengaktifkan GPS agar dapat dipantau, pengguna dicadangkan untuk menggunakan kad SIM ONEXOX yang mampu aktif sehingga 28 bulan.

Menurutnya, mereka yang berminat boleh mendapatkannya di platform beli-belah Shopee pada harga RM195. Dia turut mencadangkan agar beli di kedai untuk memudahkan lagi pemasangan.