Lelaki Dedah Rahsia Kopek Durian Guna Chopstick, Benarkah Betul-Betul Mudah?

Sebut saja durian sememangnya ramai yang menggemari rasanya. Siapa yang boleh menolak rasa buah durian yang lemak manis.

Musim durian adalah antara musim yang dinanti ramai dan pasti peminat durian tidak akan melepaskan peluang membeli jenis durian kegemaran mereka.

Seperti kita tahu, kebiasaannya durian akan dibuka menggunakan parang untuk membelahnya. Tapi siapa sangka, baru-baru ini seorang lelaki berkongsikan cara membuka durian dengan hanya menggunakan chopstick sahaja.

https://twitter.com/ashleymiaoo/status/1414464148532916224

Menerusi video dikongsikan, pada awalnya lelaki tersebut memegang sebilah parang. Namun dia kemudian meletakkan parang tersebut dan memberitahu durian ini boleh dibuka menggunakan chopstick sahaja.

Tidak hanya cakap kosong, lelaki tersebut dilihat mencucuk chopstick di bahagian bawah durian berkenaan dan mudah sekalii terbelah kepada dua.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut apabila begitu mudah untuk membelah durian menggunakan cara tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan sudah lama tahu cara tersebut asalkan menggunakan objek yang keras.

SUMBER: Twitter