Lelaki Gali Semula Kubur Isteri Sebab Terlalu Rindu

Kehilangan orang tersayang lebih-lebih lagi pasangan hidup sama ada suami atau sememangnya cukup memeritkan.

Seperti yang berlaku kepada seorang lelaki ini yang bertindak menggali kubur isterinya kerana tidak dapat menerima hakikat pasangan itu telah meninggal dunia.

Kejadian tersebut berlaku di Kota Semarang, Jawa Tengah Indonesia. Menerusi video tular, lelaki tersebut dilihat berusaha sekuat tenaga menggali kubur tersebut menggunakan cangkul.

Menerusi keterangan video lelaki itu terlalu rindu dan tidak dapat melupakan arwah isterinya sehingga terdesak menggali kubuh jenazah.

Bagaimanapun, lelaki tersebut tersungkur di kubur isteri sebelum kerja menggali itu selesai. Dapat dilihat raut wajahnya sedih ketika memandang kubur isterinya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersimpati malah ada yang menyifatkan itulah bukti cinta sejati. Dalam pada itu, rata-rata netizen mendoakan agar arwah isterinya bersemadi dengan aman.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.