Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai budaya dan agama. Lebih seronok, pelbagai jenis makanan daripada pelbagai bangsa dapat dirasai.
Paling sinonim dengan rakyat Malaysia sudah tentulah restoran mamak kerana ianya boleh didapati dimana-mana sahaja.
Seperti kita tahu, istilah ‘mamak’ merujuk kepada orang India beragama Islam dan restoran mamak dikendalikan oleh golongan tersebut.
Tetapi baru-baru ini tular perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Afyan Mat Rawi yang berkongsikan kepada netizen cara untuk membezakan restoran mamak muslim dengan Hindu. Rupanya ramai yang tidak tahu bezakan.
Menurutnya, restoran Hindu akan ditutup ketika cuti perayaan Deepavali. Bagaimanapun, dia turut tertanya-tanya bagaimana jika ada yang menyamar sebagai mamak Muslim.
Malah, pengguna Facebook itu turut menasihati mereka diluar sana supaya tidak mudah terpengaruh dengan poster atau frame gambar dengan tulisan jawi.
1. Biasanya restoran Hindu akan ditutup ketika cuti Deepavali
Sebagaimana kebiasaannya orang Islam akan tutup kedai waktu raya Aidilfitri, orang Cina akan tutup kedai ketika musim Gong Xi Fa Cai.
Beberapa tahun lepas saya pernah menulis perihal ini, ada seorang owner restoran mamak yang bercuti ketika Deepavali, mesej saya secara personal dan mengakui pekerjanya ramai Hindu walaupun beliau Muslim.
Terkejut beruk saya dibuatnya sebab restoran tersebut pernah saya pergi beberapa kali.
Isu utama ialah berkenaan Hindu yang menyamar atau memberi persepsi sebagai mamak Muslim. Contohnya restoran tadi, pekerjanya memakai kopiah yang memberi persepsi bahawa mereka Muslim.
Selepas insiden itu, saya semakin berhati-hati jika ke restoran mamak.
2. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak
Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak.
Restoran mamak Muslim biasanya akan ada masakan daging lembu. Jika restoran Hindu atau mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka.
Saya pernah test satu restoran “mamak”.
“Mamak, daging ada?”
“Kambing ada. Lembu tak ada”
“Kenapa lembu tak ada?”
Dia jawab tergagap-gagap, terus saya angkat kaki.
Namun, ia bukan cara paling ampuh. Ada juga restoran mamak Muslim yang menyediakan kambing sebagai menu utama mereka, tanpa daging lembu.
Cara ini bukanlah konkrit untuk mengenalpasti sama ada sesebuah restoran mamak itu Muslim atau fake. Sebab ada juga yang bercuti pada mana-mana perayaan atau ada sebab-sebab lain.
Jangan risau, ada cara lain.
4. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat
Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan. Jika restoran mamak palsu tidak akan ada.
5. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi
Yang nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya. Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.
6. Semak nama restoran dengan website Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA)
Anda boleh saja klik di pautan ini https://www.presma.com.my/info/senarai-ahli/. Persatuan ini memang dipelopori oleh para pengusaha restoran mamak Muslim. Ada database keahlian mereka di seluruh negara.
Namun berdasarkan semakan saya tadi, ada juga restoran mamak Muslim yang tidak mendaftarkan diri sebagai ahli PRESMA.
SUMBER: Says.com & Facebook Afyan Mat Rawi