Lelaki Ini Dedah Scam Rider Foodpanda, Rupanya Ramai Netizen Dah Terkena

Tidak dinafikan sejak pandemik melanda, khidmat penghantaran makanan menjadi pilihan ramai apatah lagi sebelum ini aktiviti dine-in tidak dibenarkan.

Dalam pada yang sama ramai yang memilih untuk bekerja sebagai penghantar makanan untuk mencari rezeki. Itu dah cukup bagus kerana ramai yang semakin buka mata ada lagi lubuk untuk mencari duit.

Namun ada cerita tak sedap didengar apabila ada penghantar makanan terlibat dengan scam. Seperti yang didedahkan oleh seorang individu ini mengenai scam rider Foodpanda.

Individu itu turut menekankan bukan semua tetapi ada segelintir rider Foodpanda melakukan scam melalui pesanan yang dibuat secara Cash On Delivery (COD).

Dedah individu itu, selepas menghantar makanan dan menerima duit daripada pelanggan, rider akan memberi pesanan kepada pelanggan supaya tidak menjawab panggilan daripada HQ Foodpanda.

https://www.tiktok.com/@khuzaimie_lemat1.0/video/7029276680405437722?_=&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6893700675914794497

Katanya lagi, disebabkan pesanan oleh rider, pelanggan pun tidak menjawab panggilan daripada HQ yang mahu membuat semakan mengenai makanan dipesan oleh pelanggan.

Disebabkan pelanggan tidak menjawab panggilan, pesanan tersebut diklasifikasikan sebagai cancel order yang akhirnya rider berkenaan yang untung kerana duit sudah dapat.

Jelasnya lagi, pesanan berkenaan jadi cancel dan yang rugi sudah tentulah pihak vendor atau penjual.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang mengakui pernah berdepan situasi tersebut. Kata netizen mereka tidak tahu berlakunya scam dikalangan rider.

Malah, ada yang berkongsikan pernah dimaki oleh rider kerana menjawab panggilan daripada pihak HQ sedangkan sudah diberi pesanan supaya tidak angkat panggilan berkenaan.

Dalam pada itu, ada yang menitipkan nasihat kepada rider yang berbuat demikian kerana duit yang diperoleh itu tidak berkat dan haram apatah lagi bagi makan pada anak isteri.

SUMBER: TikTok Khuzaimie