Hidup dalam berbilang kaum dan agama, sepatutnya isu perkauman tidak sepatutnya wujud lagi dalam negara kita. Namun isu tersebut masih lagi terjadi dalam pekerjaan dan pemilik rumah yang mahu mencari penyewa.
Seperti yang terjadi pada lelaki ini, baru sahaja dua minggu menyewa sejak 1 Ogos lalu, Diivek Suppiah berkata dia dihalau daripada bilik sewa barunya di Subang kerana bukan berbangsa Cina.
Malah, lebih kesal pemilik rumah tersebut hanya memberi notis 24 jam untuk berpindah keluar dari bilik tersebut.
Menurutnya, dia sudah membayar deposit dan sewa bilik pada waktu yang ditetapkan serta telah pindah masuk ke dalam rumah dan menghias biliknya dengan kemas dan cantik.
Ujarnya, dengan notis yang diberikan dalam masa sehari bukan mudah untuk berpindah keluar.
Menerusi perkongsian di Facebook itu, lelaki itu turut menyertakan mesej perbulannya dengan pemilik rumah tersebut dimana dia mahukan penyewa berbangsa Cina.
Ujarnya, pemilik tersebut sepatutnya memberitahu awal-awal jika mereka tidak mahu penyewa berbangsa lain selain dari kaum Cina. Malah, dia tidak sangka kita sudah berada di tahun 2020 tapi pemikiran seperti ini masih waujud.