Lelaki Ini Dikecam Mahu Kahwin Lagi Walaupun Tahu Isteri Tak Reda

Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Paling ditakuti oleh wanita adalah poligami.

Boleh dikatakan tiada wanita yang sanggup untuk berpoligami. Jika ada pun, wanita itu terpaksa menerima meskipun pahit untuk ditelan.

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang lelaki di aplikasi TikTok berkongsikan isterinya memberi keizinan untuknya berkahwin lagi.

Menurutnya lagi, dia tahu bahawa isterinya tidak reda seratus peratus untuknya bernikah lagi serta tahu sukar untuk seorang wanita itu berkongsi suami.

Menerusi video itu, lelaki itu turut merakamkan isterinya sedang menemaninya membeli barang persediaan untuk meminang bakal madunya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan lelaki tersebut yang mahu berkahwin lain meskipun sedar melukakan hari isterinya.

Kata netizen lagi lelaki yang baik dan setia tidak akan menduakan isterinya meskipun diizinkan untuk berkahwin lain.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada cerita tersebut benar ataupun hanya sekadar untuk konten semata-mata. Apa pun, sayangi dan jaga hati isteri selagi mereka masih ada.

SUMBER: TikTok