Lelaki Ini Dikecam Selamba Kemas Bonet Dekat Pam Minyak

Setiap kali mengisi stesen minyak pasti kita akan dapat lihat ada yang meletakkan kereta di pam minyak semata-mata untuk menggunakan perkhidmatan ATM.

Tindakan itu sekaligus menyukarkan orang lain yang betul-betul mahu mengisi minyak lebih-lebih lagi jika ketika itu ramai orang.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular video memaparkan tindakan seorang lelaki di sebuah stesen minyak sehingga dikecam ramai.

Mana tidaknya, menerusi video itu lelaki berkenaan selamba mengemas bonet kereta selepas selesai mengisi minyak kereta.

Turut tertera kapsyen pada video berkenaan oleh individu yang merakam dimana lelaki berkenaan tidak menghiraukan kenderaan lain yang sedang beratur di belakang.

“Kesian kepada orang belakang, masing-masing nak cepat. Petrol pump ialah tempat isi minyak bukan tempat kemas bonet,” tulisnya.

Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki itu yang dikatakan mementingkan diri serta menyusahkan orang lain.

“Selamba badak, tak ada common sense langsung, kering hatinya,” tulis netizen.

“Bawa parking tepi la.. menyusahkan betul, buat macam tak bersalah,” tulis seorang lagi  pengguna Facebook.

SUMBER: Beautifulnara