Lelaki Ini Dikecam Teruk Kongsi Tips Isteri Kena Tiru Cara Pelacur Untuk Pikat Suami

Baru-baru ini tular komen seorang lelaki berkongsikan tip mengenai cara-cara isteri untuk memikat hati suami. Menerusi komen itu, lelaki berkenaan turut menyindiri isteri yang tidak tahu menjaga penampilan.

Lebih mengundang kemarahan netizen, lelaki itu berkata si istri perlu meniru cara pelacur dengan berpakaian seksi dan memiliki aset mantap jika mahu menambat hati suami.

“Dia begini, isteri kena tiru cara pelacur dalam memikat pasangan. Pakai seksi depan suami, jaga kecantikan depan suami, jaga kulit badan biar dilihat gebu, cakap lembut macam pelayan di kedai siam dan t***k mantap.

“Kalau buat macam ni, Tok Imam pun tak jemaah di masjid bila tengok Hajjah Kalsom dia macam ni. Ini tidak, kebanyakan isteri kusut masai, tak jaga badan, cakap melawan, t***k lanjut, mulut busuk makan petai, c**** ada bau dan banyak lagi. Malas nak cakap,” tulisnya.

Seperti sudah dijangka, komen lelaki itu dikecam hebat oleh netizen serta menyifatkan pemikiran lelaki itu sangat menjijikkan apatah lagi menyamakan isteri dengan pelacur.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa kasihan pada wanita yang menjadi isteri lelaki berkenaan dek kerana pemikiran kotor seperti itu.

Kata netizen lagi, jika mahukan rumah tangga bahagia suami isteri perlu bersama-sama untuk menjadikan perkahwinan lebih indah bukan hanya meletakkan beban di bahu isteri sahaja.