Lelaki Kelantan Ini Masuk Kedai Telefon Tak Pakai Seluar, Ganggu Pekerja Wanita

Sejak tengah malam tadi, tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki masuk ke sebuah kedai telefon dengan hanya memakai seluar tanpa seluar.

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan bertindak cuba menggangu tiga pekerja wanita di kedai berkenaan. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Pantai Timor Shopping Center (Pintu Pong), Kota Bharu, Kelantan.

Tiga pekerja di kedai tersebut berdepan detik cemas apabila lelaki terbabit menggangu dengan melakukan aksi tidak senonoh.

Pada awalnya, pekerja disitu tidak mengendahkannya namun lelaki tersebut kemudian bertindak ganas dengan cuba menceroboh premis perniagaan.

Bimbang diapa-apakan oleh lelaki berkenaan, tiga pekerja wanita tersebut bertindak drastik memanjat memeja premis perniagaan untuk keluar dari kedai.

Lelaki tersebut kemudian dilihat memanjat meja kaunter untuk keluar dari tempat tersebut. Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai kejadian berlaku itu.

SUMBER: World of Buzz