Lelaki Kongsi Video Makhluk Air Bermata Merah, Buat Netizen Meremang

Setiap daripada kita pasti pernah berhadapan terlihat mahkluk halus, namun tidak semua mampu berinteraksi dengan makhluk tersebut.

Namun, seorang ustaz yang juga merupakan pengamal perubatan dikenali sebagai Ustaz Rosdi didakwa berinteraksi dengan makhluk halus berkenaan yang dikatakan berada di ‘alam di sebalik mata’.

Video tersebut tular di Facebook apabila pengamal perubatan itu mendedahkan rupa fizikal makhluk berkenaan. Menurut pengamal perubatan itu, pada awalnya dia enggan berkongsikan video berkenaan kerana bimbang boleh mendatangkan fitnah.

Namun, dia tetap berkongsikan untuk memperlihatkan bentuk makhluk yang dikatakan berada di alam di sebalik mata.

Menerusi video berkenaan, lelaki berkenaan seolah-olah menenggelamkan dirinya ke dalam air. Beberapa saat kemudian timbul dari permukaan air makhluk bermata merah, fizikal tinggi dan besar daripada manusia.

Menurut Rosdi, makhluk bermata merah itu merupakan jin yang menjelmakan diri seperti seekor ular raksasa.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang seram melihat sendiri rupa sebenar makhlus halus berkenaan.

Malah, ramai mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Rosdi kerana sudi berkongsikan video tersebut kerana bukan semua orang boleh menzahirkan perkara-perkara ghaib.

Setakat ini video dikongsikan oleh ustaz Rosdi dikongsikan sebanyak hampir 6,000 dan mendapat lebih 3,000 komen. Siapa yang berani bolehlah tengok, yang lemah semangat tu disarankan fikirlah dulu sebelum tonton.

SUMBER: Sinar Plus