Lelaki Layan Isteri Baik, Jaga Anak Tanda Isteri Pijak Kepala Suami?

Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan rumah tangga bahagia, saling bertolak ansur serta bekerjsama dalam melakukan kerja rumah.

Zaman sekarang jauh berbeza dengan zaman dahulu. Jika dahulu, kebayakan wanita hanya bergelar suri rumah, namun kini wanita turut sama bekerja untuk menyara keluarga.

Baru-baru ini perkongsian seorang wanita menjadi perhatian ramai apabila memberitahu jika ada generasi lama kedua belah keluarga kurang senang melihat suaminya melayannya dengan baik serta menjaga anak.

Kata mereka, jika suami melayan isteri dengan baik itu tanda isteri pijak suami. Malah, ada yang menasihati suaminya supaya jangan biarkan isteri pijak kepala.

Difahamkan, wanita itu berkongsikan perkara itu berikutan ada seorang netizen mempersoalkan sampai bila si ibu mahu membesarkan anak lelaki mereka tidak tahu membuat kerja rumah.

Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan anak lelaki sering ‘dimomokkan’ bahawa tempat wanita di dapur.

Malah, ada netizen mengatakan tidak dinafikan ada ibu yang mendidik anak lelaki menjadi raja sehinggakan terbawa-bawa sehingga berkahwin.