Lelaki Luah Rasa Kecewa Dapat Ayam KFC Sama Saiz Dengan Paket Sos Cili

Sebut sahaja KFC, pasti semua akan terbayangkan keenakan serta kerangupan ayam goreng mereka yang sememangnya popular sejak dulu lagi.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular video dikongsikan di aplikasi TikTok oleh @syedot_asmr yang meluahkan rasa kecewa apabila menerima ayam KFC bersaiz kecil.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan turut sedih apabila membandingkan ayam diterimanya itu sama besar dengan paket sos cili.

@syedot_asmr

kenapa ayam kfc macam ni ekk sekarang? Sedih lah harga makin mahal kot! 😩 #fyp #foryou #foryoupage #foryourpage #fypdongggggggg #fypgakni #mukbang

♬ original sound – CEO of Asmr Mukbang – SYEDOT ASMR

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju serta turut berkongsikan pengalaman sama menerima ayam bersaiz kecil.

Malah, ada yang turut meluahkan rasa dengan mengatakan mereka peminat ayam KFC namun sedih dengan saiz ayam kecil yang diterima.

SUMBER: TikTok @syedot_asmr