Lelaki Meninggal Dunia Sewaktu Laungkan Azan, Ketika Kalimah Takbir & Syahadah

0
3577

Ajal, ketentuan dan jodoh merupakan rahsia Allah SWT, namun sangat bertuah dan dicemburui ramai jika seorang manusia jika dijemput Ilahi ketika sedang menunaikan ibadah.

Seperti yang dikongsikan di Facebook rasmi Lembaga Zakat Selangor yang memaklumkan seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) surau telah kembali ke rahmatullah ketika sedang melaungkan azan Subuh pagi tadi.

Kematian itu tertanya dicemburui apabila Allahyarham dijemput ketika sedang melaungkan azan ketika kalimah takbir dan Syahadah.

Kematian yang dicemburui

Seluruh penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam berasa pelik kenapa azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ni cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhenti.

Kemudian bersambung di corong pembesar suara semacam cemas. Selang kemudian terdengar ajk lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga En Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulan tiba di kawasan surau.

Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan. Abang Rosliman atau lebih mesra dengan panggilan Abang Man, telah kembali bertemu PenciptaNya dalam keadaan semua orang beriman impikan.

Arwah meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah. Sebak dan bergenang air mata ini para jemaah sahabat rapat.

“Malam tadi baru dia yang beriya-iya mahu menjayakan majlis kenduri kesyukuran Ustaz Sahari yang baru keluar hospital yang akan diadakan di surau.

“Dia yang nampak sangat gembira dengan menu yang dicadangkan. Dia yang menawarkan diri untuk menyediakan kopi o kaw. Rupanya dia Allah panggil dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu.” ujar salah seorang jemaah.

Paling kami terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan subuh walaupun beliau bukan bilal surau. Beliau merupakan AJK Pemeriksa Kira-kira surau.

Allah sayang Abang Man lebih dari kami semua bang. Abang Man pernah berseloroh :

“Kita jaga amanah surau ni bukan untuk kita sekarang, tapi gunanya bila kita kat sana nanti”.

Moga Allah pilih Abang Man menjadi penghuni Al-Firdaus. Allah Maha Mengetahui.

SUMBER: Facebook Lembaga Zakat Selangor