Lelaki Minta Isteri Belikan Baju ‘Turun Naik’, Teruja Nak Tunjuk Member

Pasti ramai tahu sejak kebelakangan ini tular di aplikasi TikTok mengenai baju ‘turun naik’ yang popular di Indonesia. Rata-rata wanita tidak melepaskan peluang mendapatkan baju tersebut untuk membuat video memaparkan baju tersebut bergerak ke atas dan bawah.

Siapa sangka, baju tersebut juga turut diminati oleh lelaki. Seperti yang dikongsikan seorang wanita dikenali sebagai Kelly dimana suaminya meminta untuk membelikan baju berkenaan.

Lebih lucu, apabila baju yang dibeli secara atas talian itu sampai, suaminya yang paling teruja untuk memakainya.

Dalam video dikongsikan, suaminya tidak berhenti menghenjutkan badannya supaya baju tersebut ‘turun naik’.

Malah, lelaki itu tanpa segan silu menunjukkan baju tersebut dihadapan rakannya dengan rasa teruja.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terhibur melihat gelagat lelaki itu yang seronok memakai baju berkenaan.

Dalam pada itu, ada yang mengakui teringin untuk membeli baju viral berkenaan. Tidak kurang juga, ada yang meninggalkan komen lucu mengatakan turut membeli baju viral itu tetapi apabila sampai baju berkenaan hanya turun dan tak mahu naik lagi.

SUMBER: TikTok