Lelaki Terkejut Lihat Gaji ‘Engineer’ Di Malaysia Jauh Beza Dengan Jepun

Pasti ramai yang menyangka kerjaya sebagai jurutera atau engineer menawarkan gaji yang lumayan. Namun siapa sangka, di Malaysia kerjaya itu hanya gah pada nama sahaja tetapi dikatakan ‘underpaid’.

Seorang pengguna Facebook bernama Abam Sabu meluahkan rasa terkejut melihat tawaran gaji untuk jawatan tersebut dimana jauh lebih rendah daripada skop kerja yang diberikan. Selepas berbelas tahun di Jepun, lelaki ini ingin pulang ke Malaysia.

Namun, ketika melakukan pencarian kerja apa yang mengejutkan dirinya adalah penawaran gaji di Malaysia jauh berbeza dengan di Jepun biarpun mempunyai skop kerja yang lebih luas.

Ujarnya jika gaji ditawarkan hanya RM2,500, namun selepas tolak kos pengangkutan, cukai insurans, sewa rumah dan sebagainya, gaji yang tinggal hanyalah sekitar RM1,000.

Gaji ditawarkan hanya RM2,500 sebulan

Terkejut tengok! Requirements untuk kerja engineer terlalu tinggi dan job scope terlalu luas. Tengok balik gaji yang ditawarkan, cuma RM2,500 sebulan. Tutup dan tengok lagi sekali. Takut tersalah tengok. Ya, memang betul. Gaji RM2,500.

Kawasan kerja di Puchong dimana kos sara hidup yang agak tinggi walaupun di pinggir bandar. Kos pengangkutan, tol, minyak dan parkir pula perlu ditanggung sendiri. Ditambah dengan syarat ‘kena ada kenderaan sendiri’ pula dimana menelan kos sekitar RM300 sebulan.

Lepas tu banding pula cari kerja di Jepun

Gaji melebihi RM20,000 sebulan. Kos pengangkutan pula ditanggung syarikat. Bersih sekitar RM18-19,000 sebulan lepas tolak cukai, insurans dan KWSP.

Sewa rumah sekitar RM2000-3000. Bersih selepas tolak sewa rumah, cukai, insurans, KWSP, kos pengangkutan adalah sekitar RM 15,000-17,000 sebulan. Skop kerja lebih kecil, gaji jauh lebih besar.

Adakah gaji di Malaysia terlalu rendah atau Jepun terlalu tinggi

Persoalannya, adakah gaji di Malaysia underpaid ataupun kerja di Jepun overpaid? Bagi saya rasanya pekerja profesional di Malaysia sangat underpaid. Engineer hanya gah pada nama, bukan pada kewangan.

Ditambah lagi dengan skop kerja pelbagai. Kadang kala macam terlalu ridiculous. Gaji ditawarkan rendah, tapi expectation tinggi. Terlalu ramai rakan-rakan saya yang belajar di Jepun bersama saya yang pulang ke Malaysia terpaksa tukar bidang. Lari keluar daripada bidang engineer.

Ramai graduan jurutera Jepun lari bidang pekerjaan apabila pulang ke Malaysia

Setakat yang saya tahu. Gaji paling tinggi engineer grad Jepun boleh dapat sekitar RM 3,500. Dengan kenaikan gaji vs kenaikan sara hidup, ramai yang lari ke bidang customer service. Dengan hanya menggunakan kebolehan berbahasa Jepun, gaji boleh mencecah RM 8,000 sebulan.

Kerja lebih mudah, gaji lebih tinggi. Siapa tak nak kan? Maaf, panjang pulak meroyan. Saya hanyalah slowly mengintai peluang untuk pulang berbakti di tanah air.

Walaubagaimanapun jelasnya, dia bukanlah memandang rendah pekerjaan di Malaysia sebaliknya sekadar membandingkan pekerjaan di kedua-dua negara ini berikutan rancangannya untuk pulang bekerja ke Malaysia.