Lelaki Terkejut Nampak CCTV Pusat Beli-Belah Boleh Nampak Dalam Tandas

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok dikongsikan seorang pengguna memaparkan sebuah kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pusat membeli belah di bandar Johor Bahru.

Mana tidaknya, lelaki itu yang baru sahaja mahu menggunakan tandas terkejut apabila ternampak CCTV itu dihalakan ke arah tandas.

Meskipun CCTV itu dipasang di luar tandas namun ianya mungkin boleh nampak keadaan di dalam tandas.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut melihat lokasi CCTV itu diletakkan serta meminta pihak pusat beli-belah berkenaan melakukan tinjauan.

Dalam pada itu, ada netizen mengingatkan sebelum menggunakan tandas awam supaya lihat sekeliling terlebih dahulu kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.

SUMBER: TikTok