Lelaki Termenung Sayu, Kekasih Tak Jadi Tunang Gara-Gara Hanya Kerja Kilang

0
3479

Setiap pasangan yang bercinta pasti impikan hubungan yang dibina kekal hingga ke jinjang pelamin. Namun, jodoh tiada siapa tahu kerana kita hanya mampu merancang.

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok menggunakan nama akaun @fadjir memaparkan seorang pekerja kilang sedang duduk termenung kerana kecewa ditinggalkan kekasih.

Difahamkan, lelaki itu bakal bertunang dengan kekasihnya dua minggu lagi, namun ditinggalkan hanya kerana mahu memilih lelaki yang lebih berjaya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersimpati dengan nasib lelaki itu serta memberikan kata-kata semangat.

Kata netizen, percaya dengan perancangan Allah kerana mungkin ada yang lebih baik lagi. Netizen berkata, pasti ada sebab mengapa lelaki itu dan kekasihnya tidak bersatu.

Apa pun semoga lelaki itu tabah menempuh dugaan serta segera dipertemukan wanita yang tepat.

SUMBER: TikTokĀ