Pasti ramai tahu usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri dikecam hebat susulan muzik video lagu rayanya sehingga dipanggil Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Selepas Aliff Syukri, nampaknya seorang lagi usahawan kontroversi iaitu Datuk Seri Vida pula sedang menunggu waktu untuk lancarkan lagu raya terbaru.
Menerusi perkongsian di Instagram, Vida dilihat ada memuat naik teaser MV terbaru. Apa yang menjadi perhatian rata-rata netizen memperkatakan tentang penampilan Vida dalam MV tersebut.
View this post on Instagram
Mana tidaknya, Vida dilihat tampil dengan busana merah jambu terang serta solekan yang agak over.
Vida turut menyertakan kapsyen dipercayai tajuk lagu raya terbarunya berjudul Muah Muah Raya. Ujarnya lagi, lagu rayanya itu pasti akan menaikkan mood raya pendengar.
View this post on Instagram
Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan usahawan kosmetik sekarang berlumba untuk membuat lagu raya.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan Vida semakin merepek serta mengkritik seni pada wajah usahawan itu yang semakin bukan-bukan.