Lepas Isteri Jaga Suami Lumpuh Sampai Sihat, Keluarga Mentua Suruh Pisah

0
83295

Pasti ramai masih ingat lagi kisah seorang wanita bernama Ayu yang tetap setia menjaga suaminya terlantar koma 90 hari selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Suaminya, Muhammad Ridzwan Muhd Zaki yang sebelum ini tidak mampu bertutur, kini sudah boleh bercakap seperti biasa.

Melihatkan keadaan Ridzwan yang sudah sihat atas jagaan isterinya itu, ada pihak yang cuba memisahkan pasangan itu. Lebih mengejutkan pihak tersebut merupakan keluarga mentuanya sendiri.

https://www.tiktok.com/@sitirohayu303/video/6969123727648886017?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6969123727648886017&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Menurut Ayu, sebelum ini dia pernah dituduh berkhalwat dan keluarga mentua menggunakan alasan tersebut untuk menuntuk hak menjaga suaminya.

Ayu berkata lagi, dia meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk rumah tangganya dan akur dengan apa sahaja keputusan nanti.

Perkongsian Ayu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang simpati dengan nasib wanita itu serta memberi kata semangat kepadanya untuk terus mempertahankan haknya sebagai isteri.

SUMBER: Kisah Dunia