Lepas Menang RM1 Juta, Terus Ramai Mengaku Saudara, Bekas Kekasih

0
40434

Benarlah kata peribahasa, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah yang berlaku pada seorang lelaki berusia 21 tahun dari Kelantan yang diumumkan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai pemenang tempat pertama Sijil Simpanan Premium (SSP).

Bagaikan mendapat durian runtuh, lelaki itu memenangi cabutan istimewa sekaligus membawa pulang simpanan tunai bernilai RM1 juta.

Kemenangan lelaki tersebut menjadi buah mulut orang ramai sehingga ada dikalangan netizen tiba-tiba ‘mengaku’ saudara di ruangan komen Facebook Harian Metro.

Lebih lucu, ada dikalangan wanita secara berguarau mendakwa mereka adalah ‘bekas kekasih’ pemenang. Malah, ada yang bergurau mengatakan lelaki itu pernah berjanji untuk masuk meminang ketika mereka dalam perut ibu lagi.

Tidak kurang juga, ada yang turut ‘mengaku’ mereka kawan sejak kecil dan pernah belajar mengaji bersama-sama.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen menitipkan nasihat kepada pemuda tersebut agar menggunakan wang kemenangan itu sebaik mungkin serta berbakti kepada keluarga daripada mereka yang tiba-tiba datang mengaku saudara dan kawan baik.

SUMBER: Harian Metro